Speeches


09/03/2017 - Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Datuk Bandar Dan Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2017

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

 

Yang dihormati saudara / saudari Pengacara Majlis,

 

Yang Berbahagia Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

 

Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohammad bin Mentek,

Ketua Setiausaha

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 

Yang Berbahagia Ketua-Ketua Setiausaha,

 

Yang Berhormat Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri,

Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Datuk-Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan

 

Yang Berusaha Tuan Haji Abu Bakar Bin Johar

Ketua Pengarah

Jabatan Kerajaan Tempatan

 

YBhg. Datuk Seri – Datuk Seri, Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang hadir di dalam sesi perjumpaan kita pada hari ini.

 

 

 

 

PENDAHULUAN

 

1.           Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bertemu pada hari ini. Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam majlis perjumpaan pada hari ini.

 

2.           Tujuan perjumpaan pada hari ini adalah untuk memaklumkan aspirasi Kerajaan terhadap PBT dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Saya percaya forum seperti ini melalui pertukaran pandangan, akan berupaya untuk menjana idea-idea penambahbaikan dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan PBT.

 

3.           PBT merupakan cabang kerajaan yang paling dekat dengan rakyat di mana pelbagai urusan seharian melibatkan kesejahteraan hidup mereka dipertanggungjawabkan ke atas PBT. PBT merupakan frontliner service yang memberi perkhidmatan perbandaran dan bertanggungjawab secara langsung untuk menyediakan infrastruktur, kemudahan awam dan projek-projek sosio-ekonomi di kawasan masing-masing. Saban tahun, peruntukan dari Kerajaan Persekutuan disalurkan ke PBT bagi tujuan melaksanakan pelbagai projek kecil pembangunan dalam kawasan PBT.

 

4.           YAB Perdana Menteri telah mengumumkan tahun 2017 sebagai “year of delivery. Ini bermaksud, sebagai penjawat awam, kita mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan inisiatif-inisiatif yang telah diputuskan Kerajaan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Kita perlu fokus menyampaikan perkhidmatan lebih jitu kepada rakyat.

 

PERANCANGAN DAN PELAKSAAN PROGRAM LEBIH BERKESAN DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN

 

5.           Bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, isu-isu berkaitan PBT perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Pihak PBT perlu memainkan peranan utama supaya sebarang perancangan dan pelaksanaan program dan projek pembangunan sama ada di pihak Kerajaan atau swasta dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selaras dengan usaha-usaha penambahbaikan yang dibuat di peringkat Persekutuan.

 

ONE STOP CENTRE (OSC)

 

6.           Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan One Stop Centre (OSC) sejak tahun 2007 dan telah dibuat penambahbaikan melalui OSC 3.0. Walau bagaimanapun, usaha ini masih boleh lagi ditambahbaik. Aduan daripada rakyat tentang kelewatan proses-proses berkaitan kelulusan pembangunan masih diterima. Contohnya, pematuhan tempoh piagam OSC kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dalam masa 57 hari masih rendah. Kelewatan ini akan memberi kesan kepada kelancaran pelaksanaan projek pembangunan di seluruh negara. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan segera, ianya akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara dan penyediaan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat. Kesannya akan menjejaskan imej Kerajaan di mata rakyat.

 

KEBENARAN MERANCANG

 

7.           Semua pihak sedia maklum bahawa Kebenaran Merancang adalah penting dalam menyelaras pembangunan di lokaliti PBT sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

 

8.           Kerajaan tidak mahu proses Kebenaran Merancang ini menjadi punca kelewatan dalam pelaksanaan projek pembangunan terutamanya melibatkan prasarana awam seperti sekolah, klinik kesihatan, balai bomba dan perumahan awam. Antara sebab-sebab berlaku kelewatan yang dikenalpasti adalah  kompetensi pegawai kerajaan yang terlibat, percanggahan undang-undang dan pelanggaran peraturan OSC. Saya juga menerima aduan terdapat kelewatan dalam memberi Kebenaran Merancang bagi projek-projek Kerajaan contohnya kes

 

9.           Saya juga ingin menarik perhatian PBT terhadap penyediaan rumah mampu milik yang merupakan salah satu touch point utama Kerajaan kepada rakyat. Lebih khusus dan relevan kepada penjawat awam merupakan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dimana sehingga kini, 125,348 unit telah diluluskan diseluruh Malaysia. Daripada jumlah ini, sebanyak 109 projek melibatkan 31,381 unit berada diperingkat mendapatkan Kebenaran Merancang.

 

10.       Dalam memastikan tidak berlaku kelewatan dalam Kebenaran Merancang, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing khususnya PBT itu sendiri. Kebenaran Merancang melibatkan pihak yang mengemukakan permohonan, agensi teknikal luaran yang memberi ulasan dan PBT sendiri selaku pihak yang meluluskan permohonan. Semua pihak perlu memberikan kerjasama dalam memastikan kelulusan Kebenaran Merancang dalam tempoh yang dijanjikan.

 

11.       Saya ingin mencabar PBT-PBT yang ada untuk mengkaji semula tempoh kelulusan proses-proses di peringkat PBT supaya tempoh kelulusan dapat dipendekkan. Malah, kalau permohonan tidak dapat diluluskan atau dipertimbangkan, pihak PBT hendaklah memberikan jawapan segera kepada pihak yang memohon. Sekiranya berlaku kelewatan, saya khuatir, akan timbul spekulasi bahawa penjawat awam menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.

 

12.       Berdasarkan Laporan Bank Dunia 2017 bagi indikator Dealing With Construction Permit, Malaysia berada di kedudukan yang ke-13 di dunia. Penilaian Bank Dunia ini memberi tumpuan kepada Kuala Lumpur khasnya di DBKL. Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya dalam initiatif Construction Industry Transformation Program (CITP), telah mewujudkan Focus Group Dealing With Construction Permit (FGDCP). Ia bertujuan mengkaji dan melaksanakan pengurangan prosedur dan tempoh masa untuk mendapatkan permit pembinaan. Dalam masa yang sama juga, FGDCP telahpun mengambil initiatif di bawah 1State 1DCP Champion di mana fasa pertama melibatkan beberapa ibu negeri iaitu Ipoh, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu yang dijadikan sebagai champion FGDCP bagi negeri-negeri berkaitan.

 

 

 

PENUTUP

 

YBhg. Datuk Seri – Datuk Seri,  Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

 

13.       Di akhir kata, saya ingin menyeru semua PBT agar sentiasa memudahcara, bersifat proaktif dan responsif dalam memastikan pembangunan yang rancak untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat global. Peranan PBT amatlah penting kerana ia merupakan pengantara utama Kerajaan dengan rakyat.

 

 

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

pihak-pihak yang terlibat berganding bahu dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ini bagi pelajar-pelajar memperoleh manfaat dari penyiapan sekolah ini.

 

 

 





Deraf_teks_ucapan_ksn_ydp_amended_as_at_7317.pdf