Media Statements


26/04/2017 - Pindaan Tarikh Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dipinda dari hari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada hari Sabtu minggu terakhir bulan Julai sepanjang 5 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV bermula dari tahun 2017 hingga tahun 2021.

 

Pindaan ini adalah mengambil kira hari Sabtu minggu pertama bulan Jun pada tahun 2017, 2018 dan 2019 jatuh dalam bulan Ramadhan. Dengan pindaan tarikh tersebut, sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV dapat diraikan bersama-sama rakyat jelata melalui penganjuran acara yang telah dijadualkan.

 

Berikutan pindaan ini, Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV bagi tahun 2017 akan disambut pada hari Sabtu, 29 Julai 2017.

 

Jabatan Perdana Menteri

Putrajaya.

      

  26   April 2017