Media Statements


03/04/2017 - Pelantikan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

 

 

Sukacita saya ingin memaklumkan pelantikan YBhg. Datuk Borhan Dolah sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mulai 5 April 2017.

 

2.      YBhg. Datuk Borhan Dolah, 57 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Hartford, Amerika Syarikat. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 31 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pembangunan sumber manusia serta pengurusan projek dan kewangan menerusi karier perkhidmatan antaranya sebagai:

 

·      Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri;

·      Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Kewangan), Jabatan Perdana Menteri; dan

·      Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan;

 

3.      Saya percaya dengan pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh YBhg. Datuk Borhan Dolah akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan.

 

 

 

( TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA )

        Ketua Setiausaha Negara

        3 April 2017