Media Statements


02/03/2017 - Amanat Ketua Setiausaha Negara Bersama Pegawai Wanita Perkhidmatan Awam Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas Sektor Awam

MAJLIS AMANAT

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

BERSAMA PEGAWAI WANITA PERKHIDMATAN AWAM

JAWATAN UTAMA DAN JAWATAN GRED KHAS SEKTOR AWAM (JUSA)

 

YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara mengadakan sesi perjumpaan bersama anggota-anggota wanita perkhidmatan awam pada hari ini. Pada sesi ini juga, Tan Sri. Dr Ali Hamsa turut menyampaikan surat kenaikan pangkat  kepada 23 pegawai wanita.

 

Majlis ini merupakan salah satu medium engagement bersama pegawai-pegawai wanita Perkhidmatan Awam. Berdasarkan statistik semasa, pegawai-pegawai wanita adalah kumpulan majoriti (57.5%) dalam Perkhidmatan Awam (tidak termasuk Polis dan Tentera) yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi hinggalah kepada kumpulan Pelaksana.

 

Sasaran Kerajaan untuk menetapkan kuota sekurang-kurangnya 30% wanita memegang jawatan di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam telahpun dicapai. Berdasarkan statistik semasa, 35.6% daripada pegawai kumpulan Pengurusan Tertinggi (1,419 orang pegawai) adalah terdiri daripada pegawai-pegawai wanita. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dalam Perkhidmatan Awam serta membuktikan bahawa penjawat awam wanita di Malaysia memainkan peranan yang signifikan dalam pentadbiran Negara.

 

Kerajaan percaya pegawai-pegawai wanita dalam perkhidmatan awam akan terus mendokong aspirasi kepimpinan Negara seterusnya meneruskan sumbangan yang berkesan dalam pembangunan Negara. Justeru itu, langkah-langkah akan berterusan dilaksanakan untuk memperkasakan kepimpinan wanita dalam arus pembangunan Negara, khususnya ke arah merealisasikan Transformasi Nasional 2050.

 

 

 

Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa

Ketua Setiausaha Negara

2 Mac 2017