Media Statements


16/01/2017 - Pelantikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

 

Sukacita saya ingin memaklumkan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia berkuatkuasa 16 Januari 2017 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang tamat tempoh kontrak.

 

2.      YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, 59 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah Eropah dan Sosiologi) (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Syracuse, Amerika Syarikat. Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun apabila mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran tanah dan daerah, pengurusan sumber manusia dan pengurusan projek pembangunan menerusi karier perkhidmatan di antaranya sebagai:

 

·      Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia     (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri;

 

·      Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia;dan

 

·      Setiausaha Kerajaan Negeri, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

3.      Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada Perkhidmatan Awam dan negara selama lebih 35 tahun.

 

(TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA)

 Ketua Setiausaha Negara

 16  Januari 2017